Jumaat, 1 Ogos 2008

Hubungan 3 segi

Apa pendapat anda???

Andai ku punya waktu ...

Akan ku pahatkan rangkaian nama-nama insan yang ku sayang

Menjadi sebuah tugu yang indah

Akan ku kotakan ikatan janji

Pada setiap insan yang pernah aku taburi

Akan ku laksanakan segala tugas dengan sepenuh ikhlas dihati,

Biar semua gembira,

Biar semua bahagia,

Kerana itulah yang diharapkan oleh semua.

Andai ku punya waktu...

Akan ku ubati segala kelukaan,

Pada setiap insan yang pernah ku sakiti

Akan ku pamerkan kegembiraan dalam diri

Sehingga tidak timbul salah dihati,

Akan ku jalinkan bunga-bunga mekar

Menjadi sebuah kalungan nan indah.

Meskipun aku tahu kegembiraan bukan lagi milikku. ..

1 ulasan:

zANna_CLud berkata...

segitige o tigesegi?huk2

em...juz follow the flow..
usehe slagi mampu..
truskn slagi mahu..
yg lain...itu KERJA allah..
kte S bagai hambaNYA...redhalah apepun yg kte dapat..syukurlah slg kte sempat..
hanya DIA yg tau ape terbek untuk kte..