Pemerolehan bahasa dikaitkan dengan penguasaan sesuatu bahasa tanpa disedari atau dipelajari secara langsung iaitu tanpa melalui pendidikan secara formal untuk mempelajarinya, sebaliknya memperolehnya dari bahasa yang dituturkan oleh ahli masyarakat di sekitarnya. Beliau seterusnya menegaskan bahawa kajian tentang pemerolehan bahasa sangat penting terutamanya dalam bidang pengajaran bahasa. Pengetahuan yang cukup tentang proses dan hakikat pemerolehan bahasa boleh membantu bahkan menentukan kejayaan dalam bidang pengajaran bahasa.Pada umumnya, setiap bayi yang normal akan mengalami proses perkembangan bahasa secara berperingkat-peringkat dan bersifat arbitrari. Perkembangan bahasa akan menjadi lebih mantap dan sempurna mengikut perkembangan usia kanak-kanak tersebut.
Dalam perkembangan bahasa, tempoh vokalisasi pralinguistik atau tempuh mengagah boleh dibahagikan kepada lima tahap iaitu tahap tangisan, “cooing”, tahap bermain dengan vokal, tahap “canonical babbling” (bermula pada umur 6 bulan) dan tahap “conversational babbling” yang bermula pada umur lebih kurang 10 bulan.
Seterusnya apabila mencapai umur 12-18 bulan, kanak-kanak akan mula menggunakan bunyi atau satu kata untuk merujuk kepada sesuatu yang bermakna, misalnya bunyi “kereta” untuk merujuk kepada benda kereta atau mengujarkan satu kata “kereta” untuk mewakili satu ayat yang mungkin bermakna “Mama, saya nak naik kereta”.
Apabila menjangkau umur 18-24 bulan, kanak-kanak sudah dapat menghasilkan kata-kata yang membentuk ayat pendek. Peringkat mengagah yang berlaku dalam tahun pertama kanak-kanak merupakan satu proses yang normal.
Vokalisasi kanak-kanak seterusnya akan berkembang mengikut perkembangan umur kanak-kanak berkenaan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan