Pelan-pelan di pinggir jalan kota,
Penjual air batu suaranya ditelan deru kereta,
Ia bisa ditulikan dengan pekikan hon-hon,
Tuan-tuan yang terganggu bisa pula menghamun.
Undang-undang ialah suatu kekuasaan,
Yang biasanya untuk orang-orang bawahan,
Dan berseraklah orang-orang pakaian seragam,
Memburu tangkapan yang 'melanggar aturan'.
Anak-anak di bawah kolong, perutnya kosong,
Ah' ayah belum pulang, manakah dia?
Isteri menanti dengan hati separuh bingung,
Tunggulah, betapa ia pulang jua.
(Sampai gelap merangkak menghampiri,
Penjual air batu belum pulang lagi)
Tapi berapa kali tangkapan terjadi,
Ia usahakan untuk berjual mencari rezeki.
Bilakah ruang keadilan memberi isi,
Para penjaja dalam hayatnya wajah berseri?
Bila nanti undang-undang jadi perlindungan,
Semua manusia tanpa kasta menerima keadilan.
Selasa, 12 Ogos 2008
Cinta Dari Sebuah Kamar
dinding
bentukmu seharusnya
segi tiga supaya kudapat
melihatmu dengan teliti
dan saksama
lantai
kalau suatu pagi
aku jatuh tersungkur
aku tau
cintamu telah bermula
di hujung tumitku
meja
aku berterima kasih padamu
air yang kuletakkan
di dadamu
tak jadi tumpah
tilam
pijat-pijatmu adalah
kegirangan rama-rama
bersayap kapas
setiap malam berkeliaran
mencari mimpiku
cermin
bagaimana
tulang belakangku pagi ini?
jendela
langitmu terlalu biru
awanmu terlalu ungu
sebentar kubuka kututup
kubuka kututup
kubuka kubuka kubuka
siling
tuk tuk tuk
bunyi cicak
– ia sedang melamarmu
dengan ekornya
Isnin, 11 Ogos 2008
Kekasih
menjadi tali
mengikatmu
akan kuanyam gelombang-gelombang
menjadi hamparan
ranjang tidurmu
akan kutenun awan-gemawan
menjadi selendang
menudungi rambutmu
akan kujahit bayu gunung
menjadi baju
pakaian malammu
akan kupetik bintang timur
menjadi kerongsang
menyinari dadamu
akan kujolok bulan gerhana
menjadi lampu
menyuluhi rindu
akan kurebahkan matari
menjadi laut malammu
menghirup sakar madumu
Kekasih, hitunglah mimpi
yang membunuh realiti
dengan syurga ilusi.
Guru Oh Guru
Dialah pemberi paling setia
setiap akar ilmu miliknya
pelita dan lampu segala
untuk manusia sebelum menjadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
alur kesetiaan mengalirkan nasihat
pemimpin yang ditauliahkan segala umat
seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
jika hari ini seorang raja menaiki takhta
jika hari ini seorang presiden sebuah negara
jika hari ini seorabng ulamak yang mulia
jika hari ini seorang peguam menang bicara
jika hari ini seorang penulis terkemuka
jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
sejarahnya dimulakan ooleh seorang guru biasa
dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
di sebuah sekolah mewah di ibu kota
di bangunan tua sekolah di Hulu Terengganu
dia adalah guru mewakili seribu buku;
semakin terpencil duduknya di ceruk desa
semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
budi yang diapungkan di dulang ilmu
panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
menjadikan kenangan ke akhir hayat.
Jumaat, 8 Ogos 2008
Balada Terbunuhnya Beringin Tua Di Pinggir Sebuah Bandaraya
| Beringin tua di pinggir jalan raya di sebuah ibu kota yang setengah muda ratusan tahun usianya berdiri menadah matari memayungi bumi burung-burung berterbangan menyanyi di sini rumah mereka, di sini keluarga bahagia kupu-kupu berkejaran dalam senda guraunya anak-anak bermain di keteduhan perdunya. Tiba-tiba pagi yang hitam itu datang Sampai sekarang, tiap senjakala lembayung petang Selamat tinggal, selamat tinggal wahai awan Namaku Beringin pohon tua yang terbuang |

Aku menghulurkan tangan ke luar jendela. Merasa titis-titis air yang berderai atas tapak tanganku. Dingin. Sejuk. Sedingin dan sesejuk hatiku kini. Bukan hanya dingin dan sejuk lagi malahan beku. Kebekuan ini tak kan cair selagi tiada pemanas yang mampu mencairkannya.
Seraut wajahnya bertandang kembali dalam kotak fikiranku. Wajah yang memberi sejuta kebekuan dalam hatiku..
Rupanya cinta itu hanyalah sementara. Cinta yang hanya kekal disaat rasa membara. Cinta yang hanya kekal disaat rindu membuak-buak di dada. Saat cinta itu terasa sejuk dihati, keindahan itu terasa mati. Lalu dengan mudah mengatakan " Kau bukan lagi yang ku cinta". Sekeping hati ditinggalkan tanpa memikirkan apakah yang akan terjadi pada hati itu. Itukah sebenarnya cinta buat insan-insan yang mengagungkan cinta???????
Dari Teman

Aku ada satu cerita tentang aku. Aku kenal aku sejak aku lahir lagi. Aku kenal segala tentang aku. Aku memahami apa yang ada dalam diri aku. Aku tahu apa yang aku lalui dalam kehidupan aku. Segala pahit manis tentang aku ada dalam diri aku.
Ketawa, airmata adalah penyeri hidup aku. Insan-insan yang hadir dalam hidup akulah yang mencorakkan seribu rasa, seribu perkara yang menjadikan aku tetap aku. Aku adalah seorang yang penuh dengan persoalan dalam kehidupan. Aku hidup dengan gaya dan cara yang tersendiri. Banyak yang aku pelajari yang menjadikan aku lebih dewasa, yang menjadikan aku lebih mengerti.
Aku belajar tentang persahabatan, kasih sayang, cinta, pengorbanan, kesetiaan, pengharapan dan sebuah penantian dalam kehidupan seorang yang bergelar aku. Dalam hidup aku, ramai orang datang dan pergi. Ada yang singgah memberi cinta, kasih sayang, pengharapan, penantian, persoalan, jawapan dan kemudian berlalu dan terus pergi. Ada yang berteduh seketika untuk dikasihi. Ada yang masih kekal di sisi, ada yang kadang-kadang ada, kadang-kadang tiada. Begitulah silih bergantinya insan-insan dalam kehidupan aku. Namun segalanya aku hargai sebagai kenangan dan kehidupan yang terindah.
Stress : Kawan atau Lawan

Menurut suatu kajian psikologi, stress amat penting sebagai penggalak yang memungkinkan segala tugasan. Berdasarkan lekuk Yerkes-Dodson graf peningkatan stress melawan kemampuan prestasi, keupayaan dan kemampuan melakukan sesuatu pekerjaan bergantung secara lekuk U terbalik. Keupayaan kita untuk menangani stress boleh diterima atau tidak oleh badan kita pada sesuatu titik atau tahap stress. Biasanya seseorang itu mengetahui akan keupayaan atau kemampuan optimum yang ada pada dirinya. Sebenarnya, keupayaan ini amat penting untuk seseorang mencapai sesuatu matlamat, misalnya tuntutan untuk berdaya saing dan menghadapi situasi kecemasan. Sebagai contoh, apabila seseorang mula membuka perniagaannya sendiri, maka kejayaan dan kegagalan perniagaan yang akan dilalui bergantung pada usaha yang dicurahkan, selain takdir dan nasib. Sekiranya dia berusaha terlalu kuat, misalnya bekerja lebih masa dan kurang tidur, gejala-gejala seperti mudah penat dan cepat letih akan kelihatan. Dia mudah berasa pening, loya, sakit-sakit otot serta kurang daya tumpuan. Dengan erti kata lain, penimbunan tekanan melebihi kadar yang boleh ditampung oleh minda dan tubuh akan menggugat keharmonian diri secara keseluruhan.
Maka, stress pada tahap tertentu menjadi “kawan”. Tetapi sekiranya berlebihan dan melampaui kemampuan seseorang melaksanakan sesuatu tugas, stress boleh bertukar menjadi “lawan”. Di sini timbullah persoalan, banyak manakah stress akan menjadi kawan, atau sebaliknya pula lawan? Stress yang dialami oleh seseorang itu biasanya bersifat individualistik dan idiosinkratik, dan banyak bergantung pada masa, keadaan dan daya ketahanan diri seseorang individu.
Kebanyakan kita menghadapi stress dengan baik. Dengan erti kata lain, dalam keadaan tertentu, kita boleh “mengawal” situasi di dalam dan disekeliling kita. Pada ketika inilah, kita melalui suatu tahap “keseimbangan” yang merangkumi pemikiran, perasaan dan kerohanian yang bergabung secara harmonis dan seimbang. Stress dianggap oleh minda sebagai unsur yang baik terhadap diri kita, lalu menyisihkan ke tepi sebarang ketegangan jiwa. Misalnya ketika kita hendak mengambil peperiksaan, tuntutan terhadap diri kita untuk lulus peperiksaan dan sekali gus memegang segulung ijazah akan memberikan satu bentuk tekanan. Tekanan tersebut menyebabkan utusan kimia otak atau neurotransmitter dirembeskan, lalu merangsang pembebasan hormon dan bahan kimia tertentu ke dalam tubuh. Tekanan tersebut juga akan menyebabkan kita semakin peka terhadap alam sekeliling, lantas menyebabkan pergerakan otot kita menjadi cepat. Ekoran itu juga kita menjadi lebih cekap serta sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang kita sendiri tidak pasti. Sekiranya gabungan dan kerjasama yang terjadi antara unsure yang membentuk “keseimbangan” tersebut terlerai , misalnya kita tidak bersedia untuk mengambil peperiksaan disebabkan oleh kurangnya persiapan, kita akan mula meragui tahap kemampuan kita, lalu menjerumuskan kita kepada suatu keadaan ketegangan fikiran serta ketegangan otot badan. Kita tidak seterusnya tidak merasai relaks dan mengalami tekanan yang berlebihan.
Akibat melaksanakan sesuatu yang diluar kemampuan, maka akan timbullah gejala-gejala stress. Jika seseorang itu sanggup melakukan segala apa yang terdaya oleh dirinya mengikut persiapan yang ada, atau bersedia untuk menerima sesuatu keputusan, maka bebanan atau tekanan yang dialami akan dirasai berkurangan. Misalnya anda dapat mengimbangi antara persediaan untuk menduduki peperiksaan dan pengharapan untuk lulus dengan cemerlang. Sekiranya anda gagal mengimbanginya atau keluarga anda terus menuntut kecemerlangan dan bukannya kelulusan semata-mata dalam peperiksaan, maka tentu sekali tekanan akan dirasai semula. Kita akan berasa bahawa kelulusan dalam peperiksaan mencabar maruah, dan kegagalan pula bererti bencana. Apabila kita tidak sanggup gagal walaupun sekali, sedangkan kita tahu persediaan untuk berjuang dalam peperiksaan hanya bersifat “ala kadar”, maka gejala-gejala stress seperti sakit kepala, tegang urat saraf dan sukar untuk tidur akan menjadi ketara. Gejala penyakit-penyakit lain yang berkaitan, seperti sakit perut dan dada, atau penyakit kecelaruan psikiatrik seperti kemurungan atau histeria juga boleh berlaku. Tidak menghairankan, jika kita sering terserempak dengan situasi seseorang pelajar perempuan itu tiba-tiba menjerit meracau dan akhirnya pengsan ketika sedang membaca buku atau sebagainya. Jika dianalisis lebih lanjut, didapati bahawa tekanan perasaan dan konflik jiwa ini berpunca bukan sahaja berpunca daripada konflik untuk berjaya dalam pelajaran, tetapi dalam masa yang sama terasa diri terpinggir, kerana asyik sibuk bermain cinta ala Romeo dan Juliet.
BuNGa CiNTa
Tanda-tanda Serangan
Argulus melukai kulit untuk mendapatkan darah mangsanya sehingga sering menimbulkan memar merah pada bekas "gigitannya". Selain itu, kehadiran parasit ini mudah dilihat dengan mata kasar berupa mahluk panjang berbentuk bulat mendatar dengan diameter 5 - 12 mm. Sepasang bintik mata dapat dilihat dibahagian kepalanya.
Ikan yang dijangkiti akan menjadi gelisah, meluncur ke sana ke mari, atau terkadang melompat keluar dari permukaan air; serta menggosokkan badannya pada dasar akuarium atau dekorasi dan benda lainnya. Serangan yang parah boleh menyebabkan ikan manjadi malas , hilang selera makan, dan warna berubah mejadi opak sebagai akibat produksi lendir yang berlebihan.

